?? ????? ???? ?????????? : ????? ?????????? ???? ???????? ????????? ?????

22 APRIL 2022, KUANTAN – ?? ????? ???? ?????????? telah bermula pada 18 April dan berakhir pada 20 April 2022 oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang bagi melumpuhkan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah yang menjadi masalah sosial dan kegusaran masyarakat.

Timbalan Ketua Polis Pahang, DCP Dato’ Mohd Yusri bin Hj. Hassan Basri berkata operasi ini dijalankan secara serentak di semua (11) buah daerah seluruh Pahang melibatkan (18) pegawai dan (158) anggota. Operasi pada kali ini bukan sahaja tertumpu di kawasan FELDA-FELDA tetapi melibatkan (7) jeti serta perkampungan nelayan di daerah Kuantan, Pekan dan Rompin.

β€œSebanyak (258) serbuan berjaya dibuat dengan menggempur (24) pot penagihan dadah yang telah dikenalpasti melalui risikan. Seramai (375) orang lelaki dan(9) orang perempuan ditahan dengan (321) kes diatas pelbagai kesalahan berkaitan dadah. Kesemua yang ditahan ini berumur dalam lingkungan (16) hingga (67) tahun. Daripada jumlah tersebut, seramai (56) orang pengedar / tokan dadah dan (14) orang β€˜?????? ??????’ berjaya ditangkap. Selain itu, (56) orang penagih tegar atau penagih berulang akan diambil tindakan di bawah Seksyen 39C ADB 1952.” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Pahang berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang akan terus meningkatkan pertuduhan di bawah Sek. 39C ADB 1952 yang memperuntukan hukuman yang tinggi kepada penagih tegar ini dalam usaha mengasingkan mereka dari generasi muda dalam tempoh yang lebih lama supaya mereka ini tidak mempengaruhi generasi muda untuk menagih dadah.

??????? ????????? ?? ????? ?? ????? ???? ??? ?????? ??????? ???????:
?SEK 39B ADB 1952 ➑️ 14 ORANG ➑️ HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI ATAU PENJARA SEUMUR HIDUP DAN SEBATAN
?SEK 39A(2) ADB 1952 ➑️ 7 ORANG ➑️ HUKUMAN PENJARA SEUMUR HIDUP
?SEK 39A(1) ADB 1952 ➑️ 24 ORANG ➑️ PENJARA SEHINGGA 5 TAHUN DAN SEHINGGA 3 SEBATAN
?SEK 12((2) ADB 1952 ➑️ 57 ORANG ➑️ PENJARA SEHINGGA 5 TAHUN ATAU DENDA SEHINGGA RM100,000.00
?SEK 6 ADB 1952 ➑️ 3 ORANG ➑️ PENJARA TIDAK LEBIH 5 TAHUN DENDA SEHINGGA 20,000.00.
?SEK 30(3) AKTA RACUN 1952 ➑️ 32 ORANG ➑️ PENJARA SEHINGGA 4 TAHUN ATAU DENDA SEHINGGA RM 4000.00
?SEK 15(1)(a) ADB 1952 ➑️ 224 ➑️ ORANG PENJARA SEHINGGA 2 TAHUN ATAU DENDA SEHINGGA RM 5000.00.

?SEK 39 C ADB 1952 ➑️ 10 ORANG ➑️ PENJARA 5 HINGGA 7 TAHUN DAN SEHINGGA 3 SEBATAN

???????? ????? ??????? ??????? :
?SYABU (AB: 145.07 GM)
?HEROIN (AB : 124.43 GM)
?GANJA (AB: 2320.04 GM)
?ERIMIN 5 (AB: 3.84 GM)
?PIL YABA (AB: 98.92 GM)
?AIR KETUM (AB: 28.18 LITER)

?DAUN KETUM (AB: 400.7 GM)

INI MERUPAKAN OPERASI KETIGA BAGI TAHUN 2022. USAHA SEUMPAMA INI AKAN TERUS DILAKSANAKAN BAGI MEMBANTERAS MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH, PERLENCONGAN SOSIAL DAN SUBSTAN DI NEGERI PAHANG. PDRM AKAN TERUS KOMITED DALAM USAHA MEMBASMI DADAH SEHINGGA KE AKAR UMBI. SEBARANG MAKLUMAT KEGIATAN ATAU AKTIVITI DADAH BOLEH DISALURKAN KE PUSAT KAWALAN KONTINJEN PAHANG (CCC) DI TALIAN : 095051999/2202 DAN JUGA HOTLINE JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK KONTINJEN PAHANG DITALIAN : 09-5052287 ATAU MANA-MANA BALAI POLIS YANG BERDEKATAN.

Sumber: Laman FB Polis Pahang

Artikel/Berita Terkini

PAHANG SALUR RM1.2 JUTA UNTUK PROGRAM CELIK AL-QURAN OKU PENGLIHATAN

KUANTAN: Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan RM1.2 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Program Celik al-Quran Braille untuk golongan orang …
Maklumat Lanjut

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut

PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakatΒ  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan …
Maklumat Lanjut