SESI TAKLIMAT KESELAMATAN OLEH MKN NEGERI JOHOR DI KEM SRI ISKANDAR, MERSING

MERSING, 21 April 2022 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor telah dijemput untuk memberikan taklimat mengenai Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 18: Pengurusan dan Pengendalian Krisis Keganasan kepada warga ATM di Kem Sri Iskandar, Mersing, Johor. Taklimat Keselamatan tersebut telah disampaikan oleh YBrs. Mejar Abdul Halim bin Jaafar, Penolong Pengarah (Tentera) dan kandungan sesi taklimat adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pasukan keselamatan Negara mengenai infrastruktur dan sistem keselamatan serta Pelan Tindakan Kecemasan dalam menangani situasi krisis keganasan bagi memperkukuhkan lagi pemahaman ke atas arahan berkenaan. Turut hadir dalam Sesi Taklimat tersebut juga adalah pegawai-pegawai dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …