PROGRAM TAZKIRAH DAN ADVOKASI PENGGUNA

 

PASIR MAS : KPDNHEP Cawangan Pasir Mas telah mengadakan Program Tazkirah dan Advokasi bersama Pengguna bertempat di Kampung Bechah Menerong, Pasir Mas, Kelantan disini semalam.
Program dimulai dgn solat asar berjemaah bersama penduduk dan kemudiannya disampaikan tazkirah serta ramah mesra antara pegawai KPDHEP Pasir Mas dan Komuniti Kampung Bechah Menerong, Pasir Mas Kelantan.
Objektif bagi menerapkan nilai murni dalam diri dibulan Ramadhan serta tips jimat berbelanja mengikut keperluan dan bukannya mengikut hawa nafsu.
Selain itu bagi memupuk sikap kerjasama di kalangan Komuniti, Warga Kerja KPDNHEP dan Rakan KPDNHEP memastikan pengguna mendapatkan pendedahan berkaitan Kepenggunaan melalui taklimat dan penerangan serta hebahan.
Majlis diakhiri dengan sumbangan juadah berbuka puasa disempurnakan YBrs. Tuan Suhaimi Bin Abas, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah, Cawangan Pasir Mas kepada penduduk, Komuniti dan Rakan KPDNHEP yang hadir.

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …