MAIK AGIH ZAKAT, FIDYAH RM770,300

 

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam Adat dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengagihkan sumbangan zakat dan fidyah berjumlah RM770,300 kepada golongan asnaf, fakir miskin dan anak yatim di pekarangan Masjid Muhammadi di sini pada Selasa.

Majlis pengurniaan sumbangan itu disempurnakan oleh Yang Dipertua MAIK, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

Sumbangan itu melibatkan seramai 501 penerima. Daripada jumlah tersebut, seramai 100 penerima wang fidyah diberikan berjumlah RM500 setiap seorang. Selebihnya penerima zakat itu terdiri daripada asnaf Masjid Muhammadi, pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, penerima Biasiswa Tengku Anis (BTS) MAIK dan penghuni Darul Aitam MAIK,” katanya. Setiap penerima itu mendapat sumbangan berjumlah RM300.

Pada masa sama, sebanyak RM580,000 wang zakat dan fidyah yang diinfakkan oleh pembayar kepada MAIK disalurkan menerusi 17 Masjid Bandar Jajahan.

 

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut