LINDUNGI ORANG YANG TERSAYANG MENJELANG AIDILFITRI

Hari Raya bakal menjelang tiba dan ramai yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk beraya bersama yang tersayang. Pastikan kepulangan kita membawa kegembiraan dan tidak mengundang sengsara kepada mereka terutamanya warga emas, apatah lagi yang mempunyai komorbid iaitu penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi atau pesakit jantung kerana mereka adalah golongan rentan kepada gejala teruk COVID-19. Anda dan ahli keluarga termasuk kanak-kanak mungkin tidak bergejala tetapi berkemungkinan pembawa virus COVID-19 dan memindahkannya kepada mereka.
  • Lindungi warga emas dan pastikan mereka mengambil dos penggalak segera
  • Dapatkan vaksin untuk anak anda
  • Vaksin dan dos penggalak melindungi dari gejala teruk COVID-19

SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …