KUALA TERENGGANU ANTARA BANDAR PALING BAHAGIA DI MALAYSIA

KUALA TERENGGANU, 21 APRIL 2022 – Kuala Terengganu diiktiraf antara 10 bandar paling bahagia di negara ini pada tahun 2021. Ketua Pengarah PLANMalaysia, Dr. Alias Rameli berkata ketika Majlis Anugerah Bandar Bahagia 2021 peringkat Terengganu, berdasarkan Indeks Kebahagian Bandar 2021, rata-rata penduduk ibu negeri Terengganu tersebut sangat berpuas hati dengan kualiti hidup mereka.

Selain Kuala Terengganu, antara bandar lain yang berada dalam ranking 10 paling bahagia di negara ini ialah Putatan, Sabah; Kuala Kangsar dan Taiping, Perak dan Melaka. Penilaian bagi kriteria bandar bahagia dilakukan berdasarkan 14 komponen selaras dengan protokol Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

MURNInets juga digunakan bagi mengukur kemampanan kawasan PBT di negara ini di bawah seliaan PLANMalaysia. Indeks kebahagiaan merupakan pengukuran umum terhadap tahap kesejahteraan penduduk merangkumi tahap kesihatan dan kesejahteraan mental dan fizikal.

Selain Kuala Terengganu, tiga daerah lain di negeri ini iaitu Marang, Dungun dan Setiu turut dikategori sebagai bahagia manakala baki tiga pula sederhana bahagia. Antara kriteria penilaian ialah hubungan dengan jiran dan masyarakat, kemudahan kesihatan serta kualiti pemimpin setempat. Persepsi kebahagian adalah subjektif dan harapan masyarakat semi pembandaran seperti Kuala Terengganu berbeza berbanding warga kosmopolitan di Kuala Lumpur.

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESEPADUAN NASIONAL

PERPADUAN MASYARAKAT

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …