KES SEMBUH ATASI KES BAHARU, KES HARIAN DI BAWAH 10,000 SEMALAM

Malaysia merekodkan sebanyak 8,267 kes sembuh daripada COVID-19 semalam menjadikan kumulatif kes pulih kini 4,283,013, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata kes baharu dilaporkan semalam juga berada di bawah angka 10,000 dengan 6,968 kes, menjadikan kumulatif kes dalam negara kini mencecah 4,409,202 kes.

Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 99.65 peratus atau 6,937 kes daripada jumlah kes harian semalam adalah Kategori 1 dan 2 manakala 0.44 peratus atau 31 kes lagi adalah Kategori 3, 4 dan 5.

“Daripada jumlah kes baharu, 6,936 kes adalah jangkitan tempatan manakala 32 lagi kes import. Selain itu, sebanyak 97 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 63 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes СOVID-19, Dr Noor Hisham berkata tidak ada negeri mencatat penggunaan katil kes kritikal atau ICU dan katil bukan ICU melebihi 50 peratus. Katanya, Selangor merekodkan peratus penggunaan katil ICU dan bukan ICU tertinggi iaitu masing-masing 37 dan 45 peratus.

“Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau nilai Rt dicatatkan di seluruh negara adalah 0.84 dengan Melaka merekodkan kadar tertinggi iaitu 0.89 dan Kelantan mencatat kadar terendah dengan 0.63,” katanya.

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …