BANTUAN HARGA SUBSIDI MAKANAN TERNAKAN RUMINAN KEPADA PENTERNAK KECIL

 

PASIR PUTEH – Berita gembira buat golongan penternak kecil ruminan negeri Kelantan kerana Jabatan Veterinar Negeri Kelantan menawarkan bantuan insentif makanan ternakan ruminan melalui skim harga bersubsidi Dedak Isirong Sawit (PKC).
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail turut menguar-uarkan perkara yang sama di facebook rasminya, semalam.
Beliau meminta para penternak yang layak segera memohon bantuan tersebut.
Antara syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan ialah pemohon mestilah berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan dan mempunyai ID Premis.
Pendaftaran juga mesti dibuat sebelum atau pada Sabtu, 30 April 2022.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …