56 AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) JOHOR ANGKAT SUMPAH JAWATAN

ISKANDAR PUTERI, 21 April 2022 – 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor telah mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Pertama bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar. Majlis angkat sumpah tersebut diadakan di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu dilantik YB Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi didahului oleh YAB Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi (BN-Machap) diikuti dengan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan seterusnya disusuli oleh barisan ADUN Johor. YB Datuk  Samsolbari Jamali (BN-Semarang) pula dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Johor.

Tahniah dan syabas

kepada 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengangkat sumpah pada Mesyuarat Pertama Dewan Negeri Johor Bagi Penggal Ke-15 

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut