WIRA OREN SEDIA MEMBANTU MASYARAKAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Bencana)

Hujan lebat bersama angin kencang yang berlaku petang semalam (19 April 2022) telah  menyebabkan banyak lokasi di sekitar Seberang Perai terjejas dengan kejadian pokok tumbang.

Wira Oren dari Jabatan Pengurusan Krisis serta Jabatan Landskap MBSP telah memberi bantuan pantas dalam usaha membersihkan kesan-kesan pokok tumbang yang berlaku. MBSP turut dibantu Angkatan Pertahanan Awam (APM) dalam kerja-kerja pemotongan pokok tumbang.

Serentak itu, penduduk Seberang Perai diingatkan untuk sentiasa berhati-hati di jalan raya dan berwaspada dengan sebarang kemungkinan. Sebarang aduan mengenai banjir, tanah runtuh, pokok tumbang dan lain-lain, orang awam boleh menghubungi:

MBSP CALL CENTRE

04-2696969 ( 07.30 am – 17.30 pm )

Bebas toll :

1-800-88-6777 ( 24 Jam )

 

Sumber:

Laman Facebook Majlis Bandaraya Seberang Perai

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …