PEKAN, 19 April 2022 – Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke Majlis Khatam Al-Quran Sempena Sambutan Nuzul Al-Quran dan Bacaan Tahlil Almarhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustaโin Billah di Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj, Pekan.
Berangkat sama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah serta kerabat Diraja Pahang.
Sumber: Laman FB Wan Rosdy Wan Ismail