KOLEJ TINGKATAN 6 YANG PERTAMA DI KELANTAN

 

Ketika ini terdapat 23 Kolej Tingkatan 6 yang sedang beroperasi di seluruh negara dan kini Negeri Kelantan juga bakal mempunyai kolej Tingkatan 6 pertama dengan premis dan pentadbiran sendiri.
Kolej yang dilengkapi dengan 20 bilik darjah serta kemudahan lain ini akan dibina di kawasan Bukit Cina, sempadan di antara Ketereh dan Machang. Terletak di lokasi yang strategik berhampiran jalan utama yang menghubungkan Kota Bharu dan Gua Musang.
Pembinaan kolej ini dapat memberi peluang kepada anak-anak Kelantan untuk mengikuti pendidikan peringkat lepasan menengah di premis kolej T6 yang lengkap.
Pastinya pembinaan kolej ini dapat terus memacu kecemerlangan pendidikan negara melalui penyediaan infrastruktur pendidikan yang lebih baik demi anak-anak generasi pewaris negara, khususnya di Kelantan.
Selesai tinjauan pengoperasian sekolah di enam buah sekolah di Kelantan semalam, saya juga sempat singgah di tapak pembinaan ini. Terima kasih kepada pegawai JKR dan JPN Kelantan yang memberikan taklimat.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut