AHLI KEMUDI DIRAI BERBUKA PUASA

 

KOTA BHARU – Para petugas media yang bernaung di bawah Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) diraikan dalam satu majlis makan santai dan berbuka puasa bersama Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri YB Dato’ Mumtaz Md Nawi, semalam.
Dalam majlis ringkas di Holiday Villa, Wakaf Che Yeh itu, YB Mumtaz yang juga ADUN Demit berkata, beliau mengharapkan ahli KEMUDI dapat memberikan input yang baik ketika menulis yang secara tidak langsung mendapat pahala sehingga yang menerima sesuatu berita tersebut menyebarkan kebaikan kepada orang lain.
“Semoga berita yang ditulis oleh para pengamal media dapat menaikkan lagi nama Kerajaan Negeri Kelantan di mata dunia luar,” katanya.
KEMUDI ialah gabungan media-media arus perdana di negeri Kelantan yang kini mempunyai 75 ahli berdaftar diterajui Presidennya, Majidah Ismail.
“Semoga ahli KEMUDI dan keluarga dilindungi Allah SWT dan dapat meneruskan baki Ramadan ini dengan penuh rahmat dan maghfirah,” tambanhya mengakhiri ucapan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …