11 PELAJAR SEKOLAH BERASRAMA PENUH DITAHAN KERANA DISYAKI MEMUKUL SEORANG PELAJAR

KUALA NERUS, 20 APRIL 2022 – Bagi menyiasat kes buli atau pukul di sebuah sekolah, seramai 11 pelajar sekolah berasrama di Kuala Nerus ditahan bagi membantu siasatan kes pukul membabitkan seorang pelajar sekolah berkenaan. 
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din berkata kesemua suspek yang berusia 14 hingga 17 tahun itu ditahan kira-kira jam 12 tengah hari hingga 1 petang pada Isnin.

Difahamkan kejadian ini berlaku kira-kira jam 11.30 malam pada Khamis dimana suspek dikatakan telah memukul dan menyepak mangsa yang berusia 14 tahun dan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan ringan dan lebam pada bahagian peha kiri dan kanan.

Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia lingkungan 14 hingga 17 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen dan Majistret Kuala Terengganu, Norina Maludin bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

 


DASAR KESELAMATAN NEGAR 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN RAKYAT

KETENTERAMAN AWAM

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

DISIPLIN DI JALAN RAYA: KESELAMATAN BERMULA DARIPADA KITA

Patuhi lampu isyarat merupakan salah satu peraturan jalan raya paling asas yang wajib dipatuhi oleh setiap pemandu dan penunggang di …