TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN BERKENAN LANCAR APLIKASI QURAN ISYARAT USIM

   

NILAI, 19 APRIL – Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, DYMM Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud yang diriingi oleh YB. Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah mencemar duli dan berkenan untuk merasmikan Bangunan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan serta melancarkan Aplikasi Quran Isyarat USIM di Nilai pagi tadi.

Aplikasi yang dibangunkan sepenuhnya oleh Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) USIM itu merupakan inovasi berimpak tinggi sejajar dengan dasar Inklusif OKU KPT bagi membantu komuniti OKU Pendengaran mempelajari Al-Quran dengan cara yang mudah dan bersistematik.

Malaysia Book of Records telah mengiktiraf aplikasi ini sebagai “First Sign Language Al-Quran Application”, malah USIM telah turut dijemput oleh Yayasan Inovasi Malaysia untuk mempromosikan aplikasi ini di peringkat antarabangsa pada Ekspo Dubai 2020 lalu.

Perasmian bangunan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) USIM yang dibina di atas tanah seluas 62 ekar berhampiran kampus utama pada majlis pagi tadi dijangka dapat memudahkan aspek Pembelajaran dan Pengajaran (PdP), penawaran program, aktiviti inovasi dan penyelidikan dalam bidang berkaitan.

Selain itu, kegunaan bangunan tersebut akan dioptimumkan bagi membuka jalan kepada pengoperasian Fakulti Pergigian serta pembinaan Hospital Pengajar Universiti (HPU) bagi melengkapkan pembangunan Kompleks Kesihatan USIM yang bakal memenuhi pelbagai kehendak masyarakat setempat.

Turut hadir Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Tunku Pro-Canselor USIM serta YB. Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Pengerusi LPU USIM.

   

Petikan : FB Kementerian Pengajian Tinggi

Artikel/Berita Terkini

PEMANGKU SULTAN JOHOR TERIMA MENGADAP KETUA POLIS JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YDH CP M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Ketua …
Maklumat Lanjut

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN PERINGKAT NEGERI JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat …
Maklumat Lanjut

ESSCOM KOMITED ANGKAT SEMULA IMEJ ESS ZONE SEBAGAI KAWASAN KESEJAHTERAAN

KINABATANGAN (27 Mac): Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) komited untuk mengangkat semula imej Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) sebagai …
Maklumat Lanjut