TNB, JAWHAR, LTH TAJA MyHAUS BANTU ASNAF DI KELANTAN

 

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) atas sumbangan dana RM150,000 pada tahun 2021 untuk melaksanakan Program MyHAUS yang bertujuan membaiki rumah asnaf di Kelantan.
“Program MyHAUS akan diteruskan lagi kerana MAIK komited melaksanakan program untuk kebajikan asnaf di samping program bantuan rutin dilaksanakan secara tetap.”
Demikian titah Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang juga Tengku Temenggong Kelantan, Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz semasa menyempurnakan perasmian Multaqa Murabbi Ummah Negeri Kelantan tahun 2022 di Dewan Utama Tengku Kaya Pahlawan, Kompleks Islam Jubli Perak, Panji, semalam.
Susulan projek MyHAUS 2020 dan 2021, Lembaga Tabung Haji (LTH) bersetuju memperuntukkan dana bagi program MyHAUS tahun 2022 yang memberi fokus dan keutamaan kepada pembinaan rumah baharu kepada asnaf di setiap negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Kos pembinaan rumah baharu tersebut ditanggung sepenuhnya oleh LTH dan selain Kedah, Kelantan telah dipilih sebagai “projek rintis” MyHAUS Tahun 2022 (JAWHAR-LTH-MAIK).

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …