SEKITAR OPERASI BERSEPADU MENYELAMAT GELANDANGAN DI LOKASI HOTSPOT KUALA LUMPUR BIL 1/2022

KUALA LUMPUR – Operasi Bersepadu Menyelamat Gelandangan dilaksanakan oleh DBKL melalui Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar (JPKKB) dengan usahasama oleh Jabatan Penguatkuasaan (JPK) dan Jabatan Kesihatan (JKAS) dibantu bersama agensi sahabat pada 15 April 2022 ( Jumaat ) dari jam 11.00 malam hingga 3.00 pagi.

Lokasi pencarian melibatkan Jejantas UTC Pudu, Mydin Jalan Silang, Jejantas LRT Pasar Seni, Bangkok Bank, Agrobank Central Market, HSBC Masjid Jamek dan Masjid Negara. Agensi- agensi sahabat lain yang turut terlibat adalah PDRM, APAM, YKN, JKM, JIM, AADK, dan Alam Flora. Operasi ini telah melibatkan sejumlah 96 orang kekuatan.

Sejumlah 41 orang gelandangan telah diselamatkan meliputi warga negara; Lelaki 39 orang dan Perempuan 2 orang. Manakala gelandangan di kalangan bukan warga negara adalah Lelaki (7) pecahan bangsa Lebanon (1), Nepal (1), India (2), Bangladesh (1), Myanmar (1) Dan Indonesia (1).

Mereka yang diselamatkan ini telah menjalani proses saringan kesihatan oleh JKAS dan AADK di Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku. Gelandangan-gelandangan yang telah diselamatkan ini ditempatkan di Pusat Transformasi Gelandangan Anjung Kelana Taman Sentosa Kuala Lumpur.

Timbalan Pengarah Unit Pembangunan Komuniti JPKKB Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menzahirkan penghargaan kepada pegawai dan anggota yang turut serta dalam operasi ini. Operasi ini akan dibuat dari masa ke semasa bagi memastikan gelandangan berpelesaran di Ibukota berada pada tahap optimun.

 

#SayangiKualaLumpur

#KLBandarUntukSemua

#kl50

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPURĀ https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

28,531 CALON UPKK 2023 RAIH KEPUTUSAN CEMERLANG 8A

PUTRAJAYA, 18 APRIL: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang …
Maklumat Lanjut

TIPS PENGGUNAAN BARANGAN ELEKTRIK SEMASA DI RUMAH

Barangan elektrik tidak dapat dinafikan sangat banyak membantu memudahkan tugasan domestik seharian. Tugasan memasak, mengemas rumah dan mencuci pakaian tidak …
Maklumat Lanjut

LAPAN ANGGOTA FRU DIDAKWA SIMPAN BAHAGIAN BADAN PELANDUK

Lapan anggota polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyimpan bahagian …
Maklumat Lanjut