PROGRAM: SAFETY AWARENESS AND FOCUSED ADVOCACY FOR ROAD USERS (SAFER) DI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

PULAU PINANG, 18 APRIL 2022 – Unit Operasi, JPJ Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Advokasi Keselamatan Jalan Raya Terhadap Pengusaha dan Penunggang Skuter Elektrik / Mikromobiliti (Skuter elektrik tergolong di bawah takrifan kenderaan mikromobiliti) di sekitar Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town dan juga Persiaran Karpal Singh, Sungai Pinang pada 16 April 2022.

Nasihat keselamatan penggunaan skuter elektrik di jalan raya serta risiko kemalangan juga diberi penekanan utama dalam advokasi yang diadakan ini. Kepada pengusaha skuter elektik, aktiviti ini hanya di tempat yang dibenarkan dan digazetkan seperti taman permainan, kawasan sekitar pusat beli belah atau kawasan-kawasan yang mendapat kebenaran khas PBT utk melakukan aktiviti ini dan tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

Semoga dengan advokasi yang telah dilaksanakan ini serta tip-tip keselamatan diberi dapat mengelak kemalangan membabitkan penunggang skuter elektrik serta pelancong yang menggunakan perkhidmatan ini.

 

Sumber:

Laman Facebook JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …