PENERIMA PENGELUARAN KHAS KWSP PERLU BERHATI-HATI APABILA MENERIMA RM10,000

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

KESELAMATAN SIBER DAN TEKNOLOGI

Seramai 5.3 juta pencarum yang memohon Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bakal menerima RM10,000 bermula 20 April ini berdepan risiko untuk menjadi mangsa sindiket penipuan @ ‘SCAMMER‘ jika mereka tidak berhati-hati dan tidak peka dengan hebahan terkini mengenai penipuan siber. Pakar kriminologi, Nadiah Syariani Md Shariff berkata, ini kerana sindiket berkenaan menggunakan pelbagai taktik untuk memperdayakan mangsa.

Beliau menasihatkan agar pencarum yang menerima sebarang panggilan telefon supaya tidak mudah panik dan jangan kongsikan maklumat peribadi seperti nombor Mykad atau nombor akaun bank kepada orang yang tidak dikenali. Adalah penting untuk pencarum mengambil maklum dan mengetahui tentang taktik-taktik yang akan digunakan scammer ini agar mereka tidak terperangkap menjadi mangsa.

Dalam masa sama, pencarum yang berdepan dengan situasi tersebut diingatkan agar segera membuat laporan polis supaya maklumat tersebut berguna kepada orang lain. Pada Sabtu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan pihaknya mula menerima aduan daripada pencarum yang diganggu sindiket penipuan melibatkan permohonan Pengeluaran Khas KWSP. Meskipun tiada data spesifik, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, berdasarkan laporan awal, sindiket itu dipercayai mencari mangsa secara dalam talian.

KWSP sebelum ini mengumumkan sebanyak 5.3 juta permohonan untuk kemudahan Pengeluaran Khas diterima sejak dibuka pada 1 April hingga Khamis lalu, yang membabitkan amaun pengeluaran berjumlah RM40.1 bilion. Semua orang tidak terkecuali untuk menjadi ancaman jenayah siber yang semakin berleluasa pada masa kini. Sehubungan itu, semua pencarum serta orang awam dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan tidak cemas apabila menerima panggilan yang meragukan terutamanya daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara dan sebagainya.  Jangan terburu-buru dan buat semakan terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan. Lindungi harta anda, elakkan ditipu.

Artikel/Berita Terkini

26 VAN SEKOLAH TANPA PERMIT DIKESAN DI NEGERI SEMBILAN

Segelintir pengusaha kenderaan sekolah dikesan menjalankan operasi tanpa permit sah, termasuk mengubah suai van persendirian menjadi van sekolah, sekali gus …
Maklumat Lanjut

HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

 Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni Tema rasmi #HKHM2025 menzahirkan tekad kerajaan untuk mendahulukan rakyat   Berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan & keadilan  Seimbang …
Maklumat Lanjut

TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

DBOOK PENERANGAN | TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025 https://dbook.penerangan.gov.my/dbook/?product=tema-logo-hari-kebangsaan-dan-hari-malaysia-2025 #DbookPenerangan #HKHM2025 #MalaysiaMADANI #RakyatDisantuni #TaatSetia …
Maklumat Lanjut