PEMERIKSAAN BEKALAN DAN BARANGAN PERLU DI PELABUHAN LABUAN, HARISSON WAREHOUSE DAN BATARAS HYPERMARKET

PEMERIKSAAN BEKALAN DAN BARANGAN PERLU DI PELABUHAN LABUAN, HARISSON WAREHOUSE DAN BATARAS HYPERMARKET
LABUAN, 18 April 2022 – YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi , Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bersama Pengurusan Tertinggi KPDNHEP mengadakan lawatan kerja di Pelabuhan Labuan, Harisson dan Bataras Hypermarket pada pagi ini.
Aktiviti turun padang ini adalah untuk melihat sendiri program penghantaran barang perlu ke Labuan melalui pelabuhan ini. YB Menteri telah diberikan taklimat oleh pihak pengurusan pelabuhan mengenai logistik serta operasi yang diuruskan oleh Megah Port Management Sdn. Bhd. Pelabuhan Labuan merupakan pusat pengumpulan keperluan barangan perlu sebelum diedarkan ke kawasan yang terlibat di Labuan.
Lawatan diteruskan ke Gudang Harison Sabah Sdn. Bhd. yang merupakan pengedar barangan keperluan harian untuk penduduk Labuan. Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP menjalankan pemeriksaan dan pemantauan bekalan secara berkala ke atas pengedar-pengedar bagi memastikan bekalan keperluan harian mencukupi.
YB Menteri juga mengunjungi Bataras Hypermarket untuk membuat pemeriksaan ke atas barangan yang disenaraikan dalam Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia dan barangan keperluan harian lain. Hasil pemeriksaan ini didapati bekalan barangan mencukupi dan harga barangan adalah stabil.
Turut hadir YBhg Tuan Azman Mohd Yusof – Ketua Setiausaha KPDNHEP, YBhg. Datin Roszanina Wahab – Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna), Tuan Haji Azman Adam – Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP dan Puan Junaidah Arbain, Pengarah PPDNHEP WP Labuan.
SUMBER: KPDNHEP

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut