OPS SAMAR PEMATUHAN SOP DI KUALA KRAI

 

KUALA KRAI : Sepasukan 4 Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah menjalankan Pemantauan, Pemeriksaan dan Pematuhan di lokasi-lokasi tumpuan awam.
Ops Samar Pematuhan SOP PPN Fasa Endemik terhadap Sektor Perdagangan, Pengedaran dan Peruncitan mendapati premis mematuhi perundangan yang ditetapkan.
Pemantauan dan pemeriksaan telah dijalankan ke atas rantaian pembekalan telur ayam dan bekalan semasa telur ayam direkodkan semasa pemeriksaan untuk tindakan selanjutnya.
Pemeriksaan dan pemantauan keatas farmasi-farmasi komuniti, fasiliti kesihatan dan premis yang dibenarkan yang menjual Kit ujian kendiri Covid-19 yang diluluskan MDA telah dijalankan, maklumat harga dan bekalan semasa yang ada di pasaran direkodkan.
Maklumat harga jualan minyak masak sawit tulen yang dibungkus dalam botol direkodkan, untuk pelaporan dan tindakan selanjutnya.
Jumlah Pemeriksaan Premis yang telah dijalankan sebanyak 43 premis dilawati dan kenyataan pemeriksaan premis dikeluarkan.
Sebarang aduan dan pertanyaan boleh dibuat melalui :-
?e-aduan.kpdnhep.gov.my
? Tel : 09-7416000
? Whatsapp : 019-2794317 @ 019-848000 (Aduan Pengguna)
? Talian Hotline : 1-800-886-800

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …