INDEKS KESELAMATAN KEBANGSAAN DIPERKENALKAN HUJUNG TAHUN INI

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Akauntabiliti, Kompetensi dan Kapasiti Jentera Kerajaan)

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) sedang membangunkan Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK), yang menjadi penanda aras keberkesanan dasar, strategi dan pelaksanaan pengurusan keselamatan secara menyeluruh di negara ini. Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad berkata selepas Majlis Pelancaran Rasmi Batu Asas Asrama Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin di Kanchong Darat, Banting Selangor pada 17 April 2022, pihaknya menyasarkan untuk memperkenalkan indeks tersebut pada penghujung tahun ini. Beliau berkata IKK itu akan menjadi petunjuk dan penanda aras kepada negara luar untuk membuat keputusan bagi melabur atau mengadakan sebarang program di negara ini.

Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM76.29 JUTA MANFAATKAN 508,631 MURID DI SABAH TAHUN INI

BANTUAN: James menyempurnakan penyerahan cek cura Bantuan Awal Persekolahan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bagi tahun 2026 di sini. KOTA KINABALU: …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Bekalan …

KERJASAMA, KESEPAKATAN ASAS KEHARMONIAN SABAH

RASMI: Joachim bersama tetamu kehormat lain bersama-sama menyempurnakan majlis itu. TELUPID: Kerajaan negeri akan terus komited menyokong penganjuran dan sambutan …