MKN KEDAH SANTUNI PENGHUNI PENJARA

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah dengan kerjasama Institusi Penjara Sungai Petani menganjurkan Program Tautan Kasih Ramadan Disebalik Tirai Besi pada 14 April yang lepas bertempat di Penjara Sungai Petani, dekat sini.

Seramai 223 penghuni lelaki dan perempuan yang kesemua mereka berusia 21 tahun ke bawah sedang menjalani program pemulihan di penjara ini. Sempena majlis berbuka puasa ini, seramai 140 orang yang terdiri daripada 70 orang penghuni dibenarkan keluar berbuka bersama-sama dengan 70 orang warga kerja penjara, manakala penghuni yang lain akan berbuka di sel masing-masing.

Majlis yang julung kali diadakan di Penjara Sungai Petani ini bertujuan untuk meraikan bulan Ramadan yang mulia pada tahun ini bersama-sama penghuni di situ.

Pelbagai pengisian telah di atur bagi menyemarakkan Ramadan antaranya bacaan Al-Quran oleh penghuni, nyanyian berunsur ketuhanan dan juga tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Aswad Mohd Nason dari Maahad Al Iman Li Ulumil Quran, Kuala Ketil.

Pengarah MKN Kedah, Mohd Zawawi Zakaria dalam ucapannya berkata, penghuni penjara tidak wajar disisihkan memandangkan setiap warganegara adalah sebahagian daripada Keluarga Malaysia yang besar.

Ujar beliau lagi, memandangkan penghuni penjara tidak dapat merasai kemeriahan Ramadan dan Iftar, MKN Kedah membawakan sambutan tersebut dalam majlis ini supaya sekurang-kurangnya dapat mengubat kerinduan mereka kepada keluarga.

MKN Kedah berbesar hati untuk memberi sumbangan raya berupa kopiah, kain telekung, kurma, dan juga buku untuk kegunaan semua penghuni di situ. Sempena menyambut Syawal yang bakal menjelang, aneka jenis kuih raya turut disumbangkan.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengarah Penjara Sungai Petani, Penolong Komisioner Nazri Mohamad, dan Ahli Lembaga Hakim Pelawat Negeri Kedah, Tuan Haji Idris Ismail.

Foto: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2072372

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …