KERAJAAN TERENGGANU MENYALURKAN RM65.9 JUTA ‘ DUIT RAYA’ KEPADA RAKYAT YANG BERKELAYAKAN

KUALA TERENGGANU, 17 April 2022 – Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM65.9 juta menerusi pemberian ‘duit raya’ atau bantuan sempena Aidilfitri kepada rakyat di Negeri Terengganu atau lebih dikenali sebagar ‘ i-Fitri’. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pembayaran duit raya ‘one-off’ itu sebagai tanda kesyukuran dan membolehkan orang ramai meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah selepas dua tahun menyambut hari raya dalam keadaan terbatas.

Kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas i-Fitri kepada rakyat Terengganu yang berjumlah RM58.99 juta melibatkan sejumlah 150,947 penerima daripada kategori A dan B. Manakala seramai 13,827 penjawat awam Negeri Terengganu Gred 56 dan ke bawah bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2022 berjumlah RM500 bermula 25 April ini.

Bantuan raya ini yang berbentuk bantuan RM400 diberikan kepada isi rumah miskin berpendapatan RM2,500 ke bawah manakala RM250 pula kepada isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000. Dengan pembahagian bantuan ini, pihak kerajaan berharap ia dapat membantu meningkatkan ekonomi rakyat serta dapat mengurangkan beban perbelanjaan yang dihadapi.

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KEUTUHAN EKONOMI

NILAI TERAS KESEPADUAN NASIONAL

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …