500 PEK BUBUR LAMBUK, KURMA DIEDAR DI PINTU SEMPADAN

 

PASIR PUTEH – Sebagai tanda ingatan kepada pengguna jalan raya antara Negeri Kelantan dan Terengganu, NGO Khidmat Malaysia cawangan Pasir Puteh dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Gaal berjaya mengagihkan 500 pek bubur lambuk dan kurma di lokasi SJR Balai Polis Bukit Yong atau pintu sempadan Pasir Puteh – Jertih, semalam.
Hadir sama dalam menjayakan program tersebut ialah Ahli Dewan Undangan (ADUN) Gaal, YB Ustaz Mohd Rodzi Jaafar.
Program tersebut mendapat kerjasama daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Penguatkuasa Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) dan anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM).

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …