13 TERMASUK LIMA WARGA ASING DITAHAN MENGEMIS DI KOTA BHARU

 

KOTA BHARU – Tiga belas pengemis termasuk lima warga asing ditahan dalam Operasi Bersepadu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersama Jabatan Imigresen dan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), pada Sabtu.

Kesemua mereka yang berusia antara 11 hingga 75 tahun itu ditahan ketika operasi dijalankan di kawasan sekitar hadapan bank, Dataran Muhammmadi, Pasar Siti Khadijah dan Taman Hijau, di sini, mulai sejak 8.30 pagi hingga 1.30 petang tadi.

Operasi itu dijalankan bagi membanteras kegiatan mengemis di bulan Ramadan yang dilihat menjadi aktiviti “tahunan” kepada kumpulan ini dan lebih menghairankan sesetengah daripada mereka yang ditahan ini merupakan penerima bantuan bulanan daripada JKM.

Rata-rata mereka ini berasal dari jajahan seperti Tumpat, Pasir Puteh dan Pasir Mas yang datang ke Kota Bharu dengan menggunakan teksi.

Bagi warga tempatan yang ditahan, mereka diminta supaya menandatangani Surat Aku Janji dan dihalang untuk berbuat demikian lagi, manakala bagi warga asing dari Thailand, Kemboja dan Myanmar yang ditahan pula mereka dikenakan tindakan menerusi Akta Imigresen sebaik diserahkan kepada jabatan berkenaan.

Sekiranya mereka (warga tempatan) melanggar Surat Aku Janji tersebut mereka akan dihantar ke Rumah Seri Kenangan (rumah orang tua) dekat Taman Kemumin di Pengkalan Chepa untuk tempoh selama 14 hari.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …