WP LABUAN – Pada bulan yang mulia ini, Majlis Keselamatan Negara Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan Ziarah Ramadan Keluarga Malaysia di beberapa lokasi sekitar Labuan. Ziarah kali ini bertujuan untuk memberikan sumbangan barang-barang keperluan kepada golongan yang memerlukan. Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban yang dihadapi.
MKN juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat WP Labuan yang telah banyak membantu kami dalam ziarah kali ini. Semoga kerjasama dan hubungan baik ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.


#KELUARGAMALAYSIA