KERJASAMA KERAJAAN DAN NGO TINGKAT MUTU PERKHIDMATAN DIALISIS

     

Seiring dengan usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan terutamanya berkaitan bidang hemodialisis, kerjasama antara Kerajaan dan NGO amat penting bagi memastikan setiap pesakit mendapat rawatan yang terbaik.

Sebagai tanda sokongan Kerajaan kepada inisiatif begini, Menteri Kewangan YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz telah menyampaikan sumbangan 20 kerusi roda untuk kegunaan Pusat Hemodialisis NSCMH, di sini semalam.

Malah ujar Tengku Zafrul, keprihatinan pusat dialisis seperti NSCMH memberi subsidi lebih RM3 juta setahun untuk kos rawatan amat bertepatan dengan konsep Keluarga Malaysia.

Berdasarkan kepada statistik semasa hampir 50,000 rakyat Malaysia menjalani rawatan dialisis secara berkala, kewujudan pusat dialisis oleh badan NGO dapat membantu Kerajaan menampung keperluan pesakit-pesakit ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh YB Dato’ Ismail Lasim dan ADUN Senaling YB Dato’ Adnan Abu Hassan.

 

Petikan : FB Malaysia Aktif

Artikel/Berita Terkini

𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟰

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bersempena dengan …
Maklumat Lanjut

IKAN MATI, JAS AMBIL SAMPEL AIR BERHAMPIRAN KUALITI ALAM

Sampel air di sebuah anak sungai berhampiran Kualiti Alam yang terbakar Jumaat lalu diambil susulan terdapat aduan berkenaan ikan mati …
Maklumat Lanjut

𝐈𝐍𝐈 𝐀𝐃𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐏!!

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pernah dapat …
Maklumat Lanjut