SATU TINDAKAN KES DILAPORKAN HASIL DARIPADA PENGUATKUASAAN KPDNHEP PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pulau Pinang telah menjalankan aktiviti Pemeriksaan Pematuhan  Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa Peralihan Ke Endemik, Ops Pantau 2022, Pemeriksaan Tanda Harga dan Timbang Sukat serta Siasatan Aduan pada 14 April 2022 di kawasan sekitar Alma, Kubang Semang, Seberang Perai Tengah.

Aktiviti pemeriksaan tersebut melibatkan tujuh (7) buah premis dan dilaksanakan oleh tiga (3) Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Pulau Pinang. Satu (1) tindakan kes dihasilkan dibawah Akta Timbang Sukat 1972.

Sumber : Laman FB KPDNHEP Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …