PROGRAM EDARAN SUMBANGAN BUKU LATIHAN UNIVERSITI MALAYA

Universiti Malaya (UM) melalui Penerbit UM dan Pusat Jalinan Masyarakat (UMCares) menggunakan kaedah pandu lalu bagi mengedarkan sumbangan buku latihan kepada pelajar-pelajar sekolah yang terkesan dengan bencana banjir kilat di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini.

Program edaran sumbangan buku latihan tersebut yang diadakan di Rimba Ilmu UM melibatkan seramai 160 orang pelajar daripada 13 buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur yang terkesan dengan bencana banjir kilat baru-baru ini. Sebanyak 2,000 buah buku latihan telah diedarkan kepada pelajar-pelajar tersebut.

Encik Adam Wong Bin Abdullah, Pengarah di Penerbit UM, berkata dan berharap, agar sumbangan kecil ini, bersempena dengan bulan Ramadan, dapat meringankan serba sedikit bebanan yang dialami akibat musibah banjir kilat tersebut.

Sumbangan buku latihan ini juga adalah salah satu inisiatif Universiti Malaya untuk membantu komuniti-komuniti setempat melalui Program U4S (University for Society) yang dicetuskan oleh YB Menteri Pendidikan sejak daripada tahun 2019. Program ini telah mencipta dimensi baru kepada Universiti Awam (UA) untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat melalui peningkatan nilai komersial dan penciptaan kekayaan.

Prof. Madya Dr. Amer Siddiq Amer Nordin, Pengarah Pusat Jalinan Masyarakat UM (UMCares) berkata, UM telah mendapat bantuan daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bangsar Pudu, untuk menyenaraikan nama-nama pelajar daripada senarai sekolah-sekolah Kelab Sahabat UM (jalinan sekolah angkat UM), yang layak menerima bantuan tersebut.

Menurut beliau juga, UMCares adalah salah sebuah pusat di Universiti Malaya yang bertanggungjawab terhadap aktiviti-aktiviti jalinan masyarakat di Universiti Malaya. Tumpuan UMCares adalah lebih kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan proses pemindahan ilmu daripada UM kepada komuniti setempat. Menurut beliau juga, aktiviti-aktiviti pemindahan ilmu ini akan lebih memberi impak dalam masa jangka panjang kepada komuniti.

 

 

SUMBER: FB UNIVERSITI MALAYA https://www.facebook.com/UniversityofMalaya

Artikel/Berita Terkini

PENYELUDUPAN TERNAKAN JEJAS KESELAMATAN MAKANAN – SULTAN TERENGGANU

KUALA TERENGGANU: Penyeludupan haiwan ternakan tanpa saringan kesihatan dan sijil pengesahan bebas penyakit akan memberi kesan kepada keselamatan makanan. Sultan …
Maklumat Lanjut

TENTERA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP BAWANG

KUCHING : Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) menggagalkan cubaan menyeludup bawang merah ke Kalimantan Barat menerusi ‘laluan gajah’ di sempadan …
Maklumat Lanjut

KASTAM RAMPAS MINUMAN KERAS, ROKOK RM1.59 JUTA

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan cubaan menyeludup minuman keras dan rokok putih bernilai RM1.593 juta di pelabuhan …
Maklumat Lanjut