PETRONAS PEROLEH HIDROKARBON PERTAMA DARI TELAGA BUKIT TUA FASA 2B INDONESIA

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemilikan Ekuiti Strategik Negara)

BERNAMA pada 14 April 2022 telah melaporkan bahawa Subsidiari Petronas, PC Ketapang II Ltd (PCK2L) telah memperoleh hidrokarbon pertamanya daripada penggerudian telaga BTJTB-T2 Fasa 2B Bukit Tua yang terletak di Blok Ketapang, luar pesisir Jawa Timur, Indonesia. Telaga BTJTB-T2 telah digerudi mula pada 30 Sept 2021 dan digerudi dengan kedalaman sasaran 1,890 meter. Gerudi mula adalah proses awalan untuk menggerudi telaga dalam industri minyak dan gas. Pencapaian ini adalah sebahagian daripada projek pembangunan keempat selepas Fasa 1, Fasa 2A dan Fasa 3 Bukit Tua. Projek ini bertujuan untuk menghasilkan 12,500 tong bersamaan minyak (boe) sehari termasuk 30 juta kaki padu standard sehari (mmscf) gas melalui pembangunan lima telaga,

Petronas adalah pengendali Blok Ketapang dan memegang 80 peratus kepentingan melalui dua anak syarikatnya, PC Ketapang II Ltd dan Petronas Carigali (Ketapang) Ltd, manakala baki 20 peratus adalah milik PT Saka Ketapang Perdana. Petronas juga merupakan operator di North Madura II PSC, luar pesisir Jawa Timur serta rakan usaha sama di enam blok lain yang terletak di darat dan luar pesisir di Sumatera, Laut Natuna, Jawa Timur dan Papua Barat.

Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

SEREMBAN SENTRAL BAKAL UBAH SEREMBAN JADI PUSAT BANDAR MODEN, SELESA

Projek pembangunan bersepadu Seremban Sentral yang akan dimajukan oleh Sunway Bhd bakal mengubah bandar Seremban yang lama menjadi pusat bandar …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN PERTAHAN CADANGAN PELUPUSAN ANJING LIAR

Kerajaan Negeri Sembilan mempertahankan keputusan melaksanakan pelupusan anjing liar yang dimulakan di kawasan majoriti Melayu demi menyelesaikan masalah umum. Menurut …
Maklumat Lanjut

PATI ‘KEPANASAN’ DISERBU, SANGGUP TERJUN SETINGGI ENAM METER

Nekad terjun dari platform setinggi enam meter dan bersembunyi di celah barang binaan antara gelagat pendatang asing tanpa asing (PATI) …
Maklumat Lanjut