KUANTAN, 14 April 2022 – Unit Ronda BSPTD Kuantan telah membantu dalam kawalan lalulintas di Persimpangan Lampu Isyarat LHDN, Teluk Sisek, JUPEM, KMC, Bukit Rangin dan sekitar kawasan pentadbiran IPD Kuantan pada petang ini.
BSPTD Kuantan akan meneruskan penguatkuasaan dan kawalan lalulintas seumpama ini setiap masa untuk memastikan kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan dan pengguna dapat pulang ke rumah dengan selamat terutamanya di bulan Ramadhan agar dapat berbuka puasa bersama keluarga tercinta.
Sumber: Laman FB Polis Trafik Kuantan