PELAKSANAAN 5G TRANSFORMASIKAN EKONOMI DIGITAL MALAYSIA

Pelaksanaan rangkaian generasi kelima (5G) bakal mentransformasi ekonomi berasaskan digital di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM), Tan Sri Annuar Musa.
Sehubungan itu, beliau berkata institusi seperti Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) dan Mercu Ekonomi Digital (MEDi) yang telah dilancarkan perlu dipertingkatkan lagi bagi menyokong ekonomi berasaskan digital.
“Oleh itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) tidak boleh berada di awang-awangan kerana kita perlu merakyatkan digital ekonomi ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra MenKOMM bersama warga kementerian sempena penjenamaan semula K-KOMM di sini, pada Khamis.
Pada 22 Feb lepas, Annuar berkata pelaksanaan rangkaian generasi kelima (5G) perlu dibuat dalam jangka waktu sewajarnya bagi mengelakkan kehilangan pelabur berpotensi.
Kerajaan telah memutuskan untuk mengekalkan pelaksanaan rangkaian 5G secara Rangkaian Borong Tunggal (SWN), dengan membuka ruang untuk syarikat telekomunikasi memegang ekuiti dalam Digital Nasional Berhad (DNB).
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata Jemaah Menteri bersetuju bahawa kerajaan yang kini memiliki 100 peratus ekuiti DNB akan menawarkan sehingga 70 peratus pegangan ekuiti DNB kepada syarikat telekomunikasi Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO).
Sementara itu, Annuar berkata penjenamaan semula K-KOMM dilaksanakan bagi mengelakkan kekeliruan antara kementerian dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
“Penjenamaan semula ini membuatkan panggilan lebih mudah dan ringkas. Apa yang penting adalah ia elakkan kekeliruan antara MCMC dan K-KOMM,” katanya.
Bermula 17 Mac lepas, Kementerian Komunikasi dan Multimedia menggunakan singkatan baharu iaitu K-KOMM manakala menterinya dirujuk sebagai MenKOMM.
SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …