MERAKAM VIDEO DENGAN MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT SEMASA MEMANDU

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Trend masa kini menunjukkan rata-rata warganet gemar memuat naik rakaman video atau pun membuat video live ketika sedang memandu tanpa menggunakan alat bebas tangan. Video yang dirakam kemudiannya dijadikan sebagai content laman sosial mereka di platform Facebook, Instagram dan Tiktok.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memaklumkan, sekiranya video yang dirakam itu merupakan kesalahan trafik yang dilakukan oleh pengguna jalan raya yang lain, adalah sebaiknya penumpang sahaja atau menggunakan dashcam untuk merakam video kejadian.

Namun, sekiranya perakam juga merupakan pemandu kenderaan semasa itu, mereka juga dikira menggunakan telefon bimbit dan ini merupakan satu kesalahan di bawah Kaedah 17A Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan 1959. Ini kerana pemandu tidak peka dan boleh hilang kawalan sekiranya menggunakan telefon bimbit dan merisikokan berlakunya kemalangan.

JSPT turut menasihati pengguna jalan raya agar sentiasa menggunakan alat bebas tangan seperti earphone jika mahu menjawab panggilan. Jangan menggunakan telefon untuk merakam video/ live semasa memandu kerana menjadikan anda tidak fokus dan peka kepada keadaan sekeliling semasa pemanduan.

Ingat, keselamatan di jalan raya tanggungjawab kita bersama.

 

Sumber:

Laman Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut