TINDAKAN PENGUATKUASAAN KHAS SEKITAR PASAR BORONG KUALA LUMPUR DAN PUSAT BANDAR UTARA

KUALA LUMPUR, 12 APRIL 2022 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)  telah melaksanakan pemantauan serta mengambil tindakan terhadap aktiviti perniagaan tanpa lesen (warga asing) dan halangan di tempat awam di sekitar Kompleks Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur.

Sebanyak empat belas (14) tindakan sita dan pindah barangan telah diambil di bawah UUK 3(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 terhadap aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh warga negara asing dan satu (1) Notis Kompaun di bawah Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 terhadap premis yang membuat halangan tred perniagaan di tempat awam (laluan kaki lima).

Kesemua barang sitaan telah dihantar ke Setor Sitaan DBKL di Jalan Lombong Taman Miharja, Cheras bagi tujuan rekod dan penyimpanan sementara.

Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.

 

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

HARIMAU KUMBANG DIKESAN LINTAS JALAN TEMIANG-PANTAI

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berwaspada ketika melalui Jalan …
Maklumat Lanjut

ISU AIR, KEMUDAHAN AWAM ANTARA FOKUS WRUR LENDU, SUNGAI UDANG

Ayer Limau – Masalah rakyat seperti tekanan air dan infrastruktur antara fokus yang akan diberikan perhatian sepanjang Program Wakil Rakyat …
Maklumat Lanjut

SEREMBAN SENTRAL BAKAL UBAH SEREMBAN JADI PUSAT BANDAR MODEN, SELESA

Projek pembangunan bersepadu Seremban Sentral yang akan dimajukan oleh Sunway Bhd bakal mengubah bandar Seremban yang lama menjadi pusat bandar …
Maklumat Lanjut