TANGKAPAN KES KOMERSIAL – TANGKAPAN ‘MULE’ AKAUN OLEH IPD BARAT DAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Seorang lelaki berusia lingkungan 20 tahun yang disyaki dijadikan ‘keldai akaun’ oleh sindiket Macau Scam telah ditangkap oleh IPD Barat Daya pada 14 April 2022. Pada September tahun lalu, mangsa yang berusia 40 tahun sebagai suri rumah telah diperdaya oleh sindiket yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan mengatakan mangsa mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM17,670.06 selama 15 bulan. Mangsa perlu menjelaskan tunggakan tersebut jika tidak mahu dikenakan tindakan mahkamah dan pemotongan dalam akaun simpanan mangsa.
Tanpa rasa curiga pengadu telah memberikan maklumat akaun bank iaitu no kad ATM dan nombor OTP. Akibatnya, duit simpanan dalam Tabung Haji yang berjumlah RM9200 telah dipindahkan ke akaun bank lain tanpa pengetahuannya.

Kes disiasat di bawah seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997.Pihak polis menasihatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat sindiket penipuan JUAL BELI DI LAMAN SOSIAL/PINJAMAN TIDAK WUJUD/PELABURAN TIDAK WUJUD/ TAWARAN PEKERJAAN LUAR NEGARA atau SAMBILAN/ MACAU SCAM/LOVE SCAM/ PARCEL SCAM melalui sosial media.

Pihak polis juga menyarankan supaya membuat semakan terlebih dahulu ke atas nombor akaun yang diberikan oleh suspek di Portal JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL PDRM, melalui link https://ccid.rmp.gov.my/semakmule atau juga boleh memuat turun di APLIKASI GOOLE PLAY SEMAK MULE CCID sebelum membuat sebarang transaksi.

Sumber : Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya.

Artikel/Berita Terkini

28,531 CALON UPKK 2023 RAIH KEPUTUSAN CEMERLANG 8A

PUTRAJAYA, 18 APRIL: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang …
Maklumat Lanjut

TIPS PENGGUNAAN BARANGAN ELEKTRIK SEMASA DI RUMAH

Barangan elektrik tidak dapat dinafikan sangat banyak membantu memudahkan tugasan domestik seharian. Tugasan memasak, mengemas rumah dan mencuci pakaian tidak …
Maklumat Lanjut

LAPAN ANGGOTA FRU DIDAKWA SIMPAN BAHAGIAN BADAN PELANDUK

Lapan anggota polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyimpan bahagian …
Maklumat Lanjut