PUSPEN BUKIT MERTAJAM: LAKSANAKAN PROGRAM BERBENTUK INTEGRASI MASYARAKAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Perkongsian Kemakmuran yang Adil, Menyeluruh dan Berkekalan)

PUSPEN ialah pusat pemulihan dadah yang menyediakan program rawatan dan pemulihan kepada mana-mana individu yang telah disahkan sebagai penagih dadah oleh mana-mana Pegawai Perubatan Berdaftar.

Mana-mana individu yang telah disahkan sebagai penagih dadah akan disyorkan menjalani rawatan dan pemulihan di PUSPEN sama ada secara sukarela di bawah seksyen 8(3)(a) Akta Penagih Dadah (R&P) 1983 atau melalui perintah mahkamah di bawah seksyen 6(1)(a) Akta Penagih Dadah (R&P) 1983.

PUSPEN turut menerima kemasukan klien remaja di bawah peruntukan seksyen 9 Akta Penagih Dadah (R&P) 1983.

Program yang disediakan oleh PUSPEN adalah berdasarkan keperluan kepulihan klien dengan mengimplemenkan penjadualan klien yang mengandungi kandungan Modul Psikosososial yang mempunyai evidence based iaitu :

  • Detoksifikasi Perubatan
  • Pembentukan fizikal dan disiplin
  • Pemulihan psikologi dan mental
  • Sivik dan Tatanegara
  • Latihan Kemahiran dan Vokasional
  • Agama dan Spiritual
  • Sosial dan Reakrasi
  • Integrasi Masyarakat

Di Pulau Pinang,  PUSPEN Bukit Mertajam telah menjayakan program memasak bubur lambuk sempena Ramadan. Program ini meliputi integrasi masyrakat yang bergotong royong menyediakan 2 periuk besar bubur lambuk. Program tersebut melibatkan penglibatan daripada kakitangan, klien dan juga wakil Ahli Lembaga Pelawat.

 

Seebagai info tambahan, jika anda mahupun orang yang anda kenali mempunyai masalah penagihan dadah? PUSPEN Bukit Mertajam sedia membantu dan boleh dihubungi menerusi:

PUSPEN Bukit Mertajam
Jalan Kampung Baru
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tel. Pejabat : 04 5400 173/ 147 / 148
Sumber:
Laman Facebook PUSPEN Bukit Mertajam

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut