WALKABOUT DI BAZAR RAMADAN METROPARK SENDAYAN

   

Walkabout Ramadan di Bazar Ramadan Metropark Sendayan bersama YB Tuan Veerapan A/L Superamaniam, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan telah berlangsung pada petang semalam.

Program tahunan anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan ini membabitkan operasi penguatkuasaan bersepadu antara agensi iaitu KKM, KPDNHEP dan MBS bagi menguatkuasakan bidang kuasa masing-masing.

KPDNHEP melaksanakan pemantauan di bawah OPS PANTAU 2022 di bazar-bazar ramadan dan bazar aidilfitri yang dianjurkan di kawasan-kawasan di Negeri Sembilan.

Turut hadir sama di dalam program pemantauan ini, Dato’ Dr. Harlina binti Abdul Rashid, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Puan Ain Arjuna binti Aziz Zaman, Pengarah KPDNHEP Negeri Sembilan, Tuan Abd Muis bin Samsudin, KPPN KPDNHEP Negeri Sembilan, pegawai-pegawai dan anggota KPDNHEP Negeri Sembilan, JKN Negeri Sembilan dan MBS.

   

Sumber : FB KPDNHEP – Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut