PERKONGSIAN ILMIAH : FADHILAT PUASA RAMADHAN – ORANG BERPUASA DIJANJIKAN MEMASUKI PINTU SYURGA AR-RAYYAN

وعن سهلِ بنِ سعدٍ رضي اللَّه عنهُ عن النَّبِيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قال : إِنَّ فِي الجَنَّة باباً يُقَالُ لَهُ : الرَّيَّانُ ، يدْخُلُ مِنْهُ الصَّائمونَ يومَ القِيامةِ ، لا يدخلُ مِنْه أَحدٌ غَيرهُم ، يقالُ: أَينَ الصَّائمُونَ ؟ فَيقومونَ لا يدخلُ مِنهُ أَحَدٌ غيرهم ، فإِذا دَخَلوا أُغلِقَ فَلَم يدخلْ مِنْهُ أَحَدٌ – متفقٌ عليه .

Sahl bin Saad RA meriwayatkan daripada Nabi saw, baginda saw bersabda:

Sesungguhnya di syurga terdapat sebuah pintu yang dipanggil ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melaluinya pada hari kiamat. Tidak ada seorangpun dapat memasukinya melainkan orang yang puasa.
Akan dipanggil: Di mana orang-orang yang berpuasa. Maka mereka (yang berpuasa) akan bangun, tidak ada yang melalui pintu itu selain mereka. Apabila mereka sudah masuk, maka pintu ditutup. Dan tiada seorang pun dapat memasukinya lagi.

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Sumber : FB Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut