PEGAWAI POLIS, WARGA EMAS HADAPI PERTUDUHAN MELEPASKAN 11 SUSPEK KES MACAU SCAM

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Seorang pegawai kanan polis berpangkat asisten superintendan dan seorang lelaki warga emas dihadapkan ke mahkamah pada 13 April 2022 bagi menghadapi pertuduhan melepaskan 11 warga asing yang juga merupakan suspek Macau Scam warga China pada tahun lalu.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut. Mengikut pertuduhan, anggota polis tersebut didakwa mengingkari arahan undang-undang untuk menyerahkan 11 warga asing kepada Jabatan Imigresen dengan niat semua warga asing itu dapat diselamatkan daripada tindakan pengusiran.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu pejabat Polis Daerah Timur Laut antara pukul 2 hingga 3 petang, 9 Februari tahun lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 217 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, warga emas tersebut didakwa bersubahat membantu anggota polis tersebut melepaskan semua 11 warga asing itu di lokasi, waktu, dan tarikh yang sama. Warga emas tersebut juga telah diisytihar muflis pada 2007 didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Majistret membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 setiap seorang dengan

Pada Mac tahun lalu, polis Pulau Pinang menahan lapan  (8) individu terdiri daripada pegawai polis, seorang kakitangan Jabatan Imigresen serta orang awam bagi membantu siasatan kes melepaskan suspek Macau Scam warga China di negeri itu.

Dalam kejadian itu, seramai 11 tahanan Macau Scam berkenaan dikatakan diserahkan kepada seorang ‘pegawai’ Jabatan Imigresen untuk dihantar ke depoh tahanan tetapi tidak dihantar seperti yang sepatutnya.

Sumber:

Bernama, Utusan Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

SEREMBAN SENTRAL BAKAL UBAH SEREMBAN JADI PUSAT BANDAR MODEN, SELESA

Projek pembangunan bersepadu Seremban Sentral yang akan dimajukan oleh Sunway Bhd bakal mengubah bandar Seremban yang lama menjadi pusat bandar …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN PERTAHAN CADANGAN PELUPUSAN ANJING LIAR

Kerajaan Negeri Sembilan mempertahankan keputusan melaksanakan pelupusan anjing liar yang dimulakan di kawasan majoriti Melayu demi menyelesaikan masalah umum. Menurut …
Maklumat Lanjut

PATI ‘KEPANASAN’ DISERBU, SANGGUP TERJUN SETINGGI ENAM METER

Nekad terjun dari platform setinggi enam meter dan bersembunyi di celah barang binaan antara gelagat pendatang asing tanpa asing (PATI) …
Maklumat Lanjut