HIGH PROFILE POLICING (HPP) DAN PEMATUHAN SOP ENDEMIK KPD MANJUNG BERSAMA AGENSI KERAJAAN DI BAZAR RAMADAN DAERAH MANJUNG

MANJUNG – Program High Profile Policing (HPP) merupakan program yang mendekatkan Polis Daerah Manjung bersama masyarakat setempat selaras dengan cogan kata “Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”.
YDH ACP Nor Omar bin Sappi, Ketua Polis Daerah Manjung telah mengunjungi Bazar Ramadan di Padang Astaka, Sitiawan dan Bazar Ramadhan Pasaraya TF Manjung bertemu pelanggan serta peniaga Bazar dengan mengingatkan agar sentiasa mematuhi SOP Endemik dan scan QR Code sewaktu mengunjungi gerai-gerai bazar.
Program ini dapat menyuntik semangat kepada penganjur bazar dan peniaga untuk sama-sama memikul tanggungjawab pematuhan SOP ENDEMIK. Turut di edarkan risalah pencegahan jenayah kepada orang awam yang ada di bazar agar memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada Pihak Polis bagi membanteras jenayah dan mengurangkan jenayah di daerah ini khususnya musim perayaan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.
Turut sama hadir menjayakan program ini YDH DSP Chong Boo Khom, Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Encik Wan Muhammad Badro bin Wan Mahmood (Ketua Penguatkuasa Daerah KPDNHEP ), Encik Muhammad Zahir Shah bin Hj Mad Isa (Pegawai MKN), Puan Nur Farhiyah binti Basir ( Pegawai MPM), Puan Hajah Sarinah bt Hj Ahmad (Pegawai Penerangan) , Pegawai kanan dan anggota Polis Manjung serta anggota lain-lain agensi.
Sumber: IPD Manjung

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …