AKTIVITI PEMERIKSAAN BAZAR RAMADAN 1433H OLEH PEJABAT KESIHATAN DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN (PKD SPS)

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

SUNGAI ACHEH, 14 APRIL 2022 – Pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Selatan telah menjalankan aktiviti pemeriksaan Bazar Ramadan 1433H di Bazar Ramadan Sungai Acheh pada 13 April 2022 (Selasa). Pemeriksaan ini dianggotai oleh 16 orang pegawai dan melibatkan 51 gerai peniaga.

Dalam pemeriksaan ini, sebanyak empat (4) sampel makanan yang dijual di bazar tersebut telah diambil untuk dihantar dan dianalisis di Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Pulau Pinang (MKKM PP) di Butterworth.

Sehingga hari ini, PKD SPS telah menjalankan pemeriksaan di 6 Bazar Ramadan yang terletak di daerah Seberang Perai Selatan. Anggota dari Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan di setiap daerah akan sentiasa menjalankan pemantauan tahap kebersihan dan keselamatan makanan yang dijual di Bazar Ramadan bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan dan makanan yang dijual kepada pengguna adalah selamat untuk dimakan.

Sumber:

Laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKN Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …