AIDILFITRI FASA PERALIHAN KE ENDEMIK BUKAN TIKET BERBELANJA SAKAN

Memasuki pertengahan Ramadan, suasana meriah untuk meraikan kedatangan Hari Raya sudah mula terasa, malah sambutan lebaran tahun ini dijangka lebih meriah berbanding sebelum munculnya pandemik COVID-19.
Pelaksanaan Fasa Peralihan ke Endemik bermula 1 April lalu dengan banyak kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) termasuk pemansuhan had waktu beroperasi bagi premis perniagaan (masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis) membolehkan orang ramai lebih bebas melakukan aktiviti membeli-belah.
Antara lokasi wajib dikunjungi bagi kebanyakan warga kota metropolitan ini sudah tentunya Jalan Tuanku Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan nama Jalan TAR. Malah lokasi ini juga menjadi pilihan orang dari luar Kuala Lumpur untuk membeli pelbagai keperluan Aidilfitri dan suasana meriah ini sudah dapat dilihat sejak awal Ramadan lagi.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …