1,374,520 KANAK-KANAK TERIMA SATU DOS VAKSIN COVID-19

Seramai 1,374,520 kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun atau 38.7 peratus daripada populasi itu, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan laman web CovidNow, seramai 229,615 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 6.5 peratus telah lengkap divaksinasi.

Bagi remaja berumur antara 12 dan 17 tahun, seramai 2,865,407 individu atau 92.1 peratus telah lengkap divaksinasi, manakala 2,967,575 atau 95.4 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Untuk populasi dewasa, seramai 15,950,859 individu atau 67.8 peratus telah menerima dos penggalak, manakala 22,959,339 atau 97.6 peratus telah melengkapkan dos kedua, selain 23,236,086 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam sebanyak 47,622 dos vaksin telah diberikan, melibatkan 34,384 dos kedua, 7,639 dos penggalak dan 5,599 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,370,702.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sejumlah 22 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, dengan Selangor mencatat jumlah tertinggi iaitu tujuh kes diikuti Melaka dan Perak, masing-masing merekodkan tiga kes.

Johor, Kedah, Pahang merekodkan dua kes, manakala Sabah, Kelantan dan Kuala Lumpur masing-masing satu kes.

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …