TAKLIMAT GERAN PADANAN BAGI TUJUAN PEMBAIKAN INAP DESA (HOMESTAY) & GERAN PADANAN BAGI TUJUAN PEMBAIKAN KEPADA HOTEL BAJET DI BAWAH MOTAC TAHUN 2022

WP LABUAN – Pejabat MOTAC Labuan bersama-sama ibu pejabat MOTAC komited mengadakan Sesi Jerayawara Geran-Geran di Bawah Pelan Pemulihan Pelancongan bagi tujuan pembaikan kepada Homestay dan Hotel Bajet di Wilayah Persekutuan Labuan.
Tujuan utama pemberian geran ini adalah untuk membantu pengusaha-pengusaha inap desa (Homestay) dan hotel bajet terutamanya dalam membaik pulih premis mereka yang telah terkesan akibat pandemik COVID-19 agar dapat menawarkan kemudahan dan fasiliti yang terbaik kepada pelancong sama ada domestik atau antarabangsa untuk menginap di premis mereka. Selain itu juga, pemberian geran ini diharapkan dapat membantu pengusaha homestay dan pengusaha hotel bajet untuk terus kekal berdaya saing bagi mempromosikan premis-premis mereka untuk menarik lebih ramai pelancong datang menginap.
Maklumat lanjut seperti Garis Panduan Permohonan, Borang Permohonan dan lain-lain maklumat boleh dilayari di laman sesawang rasmi MOTAC di https://motac.gov.my/geran-padanan.
SUMBER: MOTAC LABUAN
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …