OPERASI BERSEPADU KPDNHEP NEGERI SEMBILAN DAN JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN

   

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sembilan (KPDNHEP) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah menggempur sebuah resort yang menggunakan logo halal Malaysia tanpa kebenaran pihak berkuasa pada banner dan poster pengiklanan promosi buffet Ramadan.

Selain itu, operasi ini juga tertumpu di sebuah kedai bakery yang menggunakan penandaan halal pada label pembungkusan produk.

Operasi ini diketuai oleh Tuan Mohd Tarmimi bin Rashid Pegawai KPDNHEP Negeri Sembilan.

Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Halal, sila layari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my

Sumber : FB Jabatan Hal Ehwal Agama Islam “Official”

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …