NAFAS BARU BERMULA RAMADAN

Ramadan ini boleh dijadikan sebagai titik permulaan kepada mereka yang merokok untuk berhenti merokok. Bulan Ramadan adalah bulan yang paling sesuai untuk perokok berhenti merokok. Dengan berpuasa dan tidak merokok selama lebih kurang 13 jam akan melatih rangsangan otak pada paras nikotin yang rendah.
Gejala penarikan nikotin seperti pening, batuk, perasaan resah dan gangguan tidur mungkin dialami semasa berhenti merokok. Namun ia akan berkurangan dalam masa 3 hingga 14 hari selepas seseorang bebas daripada merokok.
Oleh itu, terus memohon doa dan kuatkan azam anda untuk mandapatkan nafas baru bermula Ramadan. Sokongan orang di sekeliling juga amat membantu meningkatkan keazaman untuk berhenti merokok. Anda juga boleh mendapatkan bantuan perkhidmatan berhenti merokok dengan melayari laman sesawang JomQuit – www.jomquit.com
SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …