LANS KOPERAL MENGAKU TIDAK BERSALAH TIGA PERTUDUHAN RASUAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS : TADBIR URUS YANG BAIK ( Pencegahan Rasuah & Pengukuhan Integriti)

KUALA TERENGGANU, 13 APRIL 2022 – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan rasuah sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas dua lelaki yang disyaki terbabit kes rogol tahun lepas. Tertuduh, Norazmi Afiq Mohd Solleh, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Mengikut pertuduhan pertama, dia yang bertugas di Balai Polis Dungun telah memperoleh wang tunai RM2,500 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas dua individu yang terlibat dengan kes rogol, di Kedai Makan Hjh Hanisah Bt Taib di Jalan Baru Pak Sabah, Kampung Sura di Dungun pada 3.15 petang 30 Mei 2021.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memperoleh RM2,000 daripada seorang lagi lelaki untuk tujuan sama di Tapak Pasar Malam Sura Gate di Dungun pada 9.40 malam 23 Mei 2021. Pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama bagi kedua-dua pertuduhan.
Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa meminta suapan berjumlah RM10,000 iaitu masing-masing RM5,000 daripada dua individu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas mereka yang terbabit kes rogol dalam daerah Dungun pada 19 Mei 2021. Pertuduhan mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Artikel/Berita Terkini

JAMBATAN BAILEY DI JALAN KUANTAN-SEGAMAT DITUTUP SEMINGGU

Kuantan: Jalan Persekutuan (FT) 12 Jalan Kuantan-Segamat di Seksyen 102 (Kilometer 63 berhampiran kawasan burung unta) akan ditutup mulai 12 …
Maklumat Lanjut

51 PESERTA BAKAL PAMER KEMAHIRAN PANJAT POKOK TEMBUSU

Kuantan: Perbadanan Taman Negeri Pahang dengan kerjasama Persatuan Arborist Malaysia menganjurkan Pertandingan Memanjat Pokok Asia Pasifik (APTCC) 2024 di Kelab …
Maklumat Lanjut

JIM JALIN KERJASAMA DENGAN MC, JMB TANGANI ISU PATI

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur mengambil inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Pengurusan (MC) dan Badan Pengurusan …
Maklumat Lanjut