DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS : TADBIR URUS YANG BAIK ( Pencegahan Rasuah & Pengukuhan Integriti)
KUALA TERENGGANU, 13 APRIL 2022 – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan rasuah sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas dua lelaki yang disyaki terbabit kes rogol tahun lepas. Tertuduh, Norazmi Afiq Mohd Solleh, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.
Mengikut pertuduhan pertama, dia yang bertugas di Balai Polis Dungun telah memperoleh wang tunai RM2,500 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas dua individu yang terlibat dengan kes rogol, di Kedai Makan Hjh Hanisah Bt Taib di Jalan Baru Pak Sabah, Kampung Sura di Dungun pada 3.15 petang 30 Mei 2021.
