KENYATAAN AKHBAR PENCEMARAN BAKTERIA SALMONELLA TYPHIRIUM DALAM PRODUK COKLAT BERJENAMA KINDER DI PASARAN EROPAH

KENYATAAN AKHBAR PENCEMARAN BAKTERIA SALMONELLA TYPHIRIUM DALAM PRODUK COKLAT BERJENAMA KINDER DI PASARAN EROPAH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan oleh media massa mengenai pencemaran bakteria Salmonella typhirium dalam produk coklat berjenama Kinder yang dihasilkan oleh kilang Ferrero Ardenes di Arlon, Belgium. Produk coklat yang terlibat adalah Kinder Surprise, Kinder Mini Eggs, Kinder Surprise Maxi 100g, Kinder Schokobons dan Kinder Egg Hunt Kit.

Salmonella typhirium merupakan bakteria patogenik yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan dengan simptom demam, kekejangan perut dan cirit-birit terutama di kalangan kanak-kanak.

Berdasarkan semakan data melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan (FoSIM) Malaysia dari tahun 2021 sehingga kini, tiada kemasukan produk yang terbabit ke Malaysia. Maklumat dari International Food Safety Authorities Networks (INFOSAN) turut mengesahkan produk yang terlibat tidak dieksport ke Malaysia. Coklat berjenama Kinder yang memasuki negara ini kebanyakannya diimport dari Poland, Itali, German, India dan beberapa negara lain.

Walau bagaimanapun, KKM akan meningkatkan pemantauan ke atas produk coklat berjenama Kinder di pintu masuk negara bagi memastikan produk yang terlibat tidak masuk ke pasaran tempatan.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau hubungi KKM melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq

SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut